Posts

Showing posts from December, 2012

Hipokrit !

Image
Hipokrit !   “Baguihnya budak ni. Aktif betul berdakwah.” “Subhanallah. Ana teringin sangat nak jadi macam ukhti. Entilah semangat ana untuk ana tekadkan hati ingin berubah.” “Eh, korang nak tahu tak? Akak ni kan baik sangat tau. Dahlah lemah lembut. Sopan pula tu. Memang contoh yang terbaiklah.” Allah… Allah… Allah… Kalaulah apa yang diperkatakan diatas itu sohih belaka, maka sujud syukurlah! Berpura-pura baik dikhalayak ramai. Berlagak alim di laman sosial. Malangnya, kalaulah mereka-mereka semua ini tahu yang sebenarnya perwatakan saya bagaikan ibu tiri Cinderella. Malah jauh lagi dashat dari tu! >.<’ Terasa seperti dipukul kayu besbol bilamana mendapat pujian sebegitu. Direct Allah bagi teguran pada saya melalui perantaraan hambaNya. Hati selalu berbisik, “Usah riak erin dengan pujian.” Serta merta hati ini beristighfar. Mohon dijauhkan daripada rasa riak dalam diri. Sufyan at-Tsauri mengatakan...

Bersahabatlah seperti rantaian Tasbih..

Image
“ Hello, assalamualaikum. Erin dah tidur ke? Asif kalau fatin menganggu.” (Dengan suara yang teresak-esak) “ Waalaikumussalam wbt. Allah. Tak ada menganggu apa pun. Ada apa ni fatin sayang?” “ Erin, fatin rasa macam dah tak ada siapa nak berkawan dengan fatin lagi. Mentang-mentang fatin dah tak sama macam dulu, semua orang pandang hina pada fatin. Fatin pun nak berubah juga jadi macam dulu semula tapi bila sahabat menyidir fatin terus fatin rasa tak ada kekuatan lagi dah.” Aku mendiamkan diri dan berfikir sejenak. Menyusun kata-kata yang sesuai untuk memulihkan kembali semangat sahabat tersayang ini. *pelukfatin* Bismillahirrahmanirahim. Buat hamba Allah diluar sana yang menggalas ‘pangkat’ sebagai seorang sahabat boleh saya berbicara dengan kamu sebentar? Ye, kamu. Kenapa saya pilih kamu? Kerana setiap mukmin itu bersaudara dan pastinya kamu mempunyai ramai sahabat diluar sana kan? Tahukah kamu mempunyai sahabat yang sefikrah dengan kamu itu merupakan satu k...

Takdir Itu KetentuanNya

Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri. Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya. Dalam meniti usia senja, perancangan demi perancangan di bina dan di susun serapinya. Pada usia muda, pelajaran menjadi keutamaan. Namun dalam masa yang sama, tuntutan fitrah untuk membina hubungan halal turut meraih tempat dalam perancangan kita. Kita mula mengatur langkah dengan mencari bagi si teruna dan menanti bagi si puteri. Ada  yang menanti dalam diam, dan ada juga yang sama-sama menongkah zaman. Menjadi 'berani' ke ...

Di Sebalik Kemanisannya Sakit. :')

Image
Bismillahirahmanirrahim. Pernah tak kita terfikir kenapa Allah beri pada kita sakit? Kadangkala kita lupa nikmat sihat yang Allah berikan pada kita. Bila kita sihat kita tidak banyakkan beramal sedangkan kita mampu. Bila kita sihat kita kurang mengingati Allah, kita sibuk dengan hal-hal keduniaan. Allah itu baik sebenarnya. Dia bagi kita sakit supaya kita BEREHAT. Sohih! Sebabnya bila kita sihat jadual kerja kita berlipat kali ganda. Aktiviti harian pun luar dari kebiasaan sehingga kita tidak sempat untuk mengecapi nikmat rehat. Bukankah Allah jadikan malam itu untuk kita berehat? tetapi kenapa kita still buat kerja overtime sehingga lewat malam? Allah SWT berfirman, “Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). ” (Yunus:67) Dan bilamana kita mendapat penyakit, perkataan yang sinonim dengan kita adalah SABAR. Jika ada orang yang datang menziarahi kita, acapkali perkataan sabar i...

C.I.N.T.A Untuk Siapa?

Image
ASSALAMMUALAIKUM semua . . Mesti blog ana dah berdebu padatkan!!... ini ana nak sampaikan sikit tentang cinta!!..  *boleh kan??..  "Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala" Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini. Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku. Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal.. Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin! Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasa...