Posts

Showing posts from 2013

Tudung Labuh, Tapi ...

Bismillah.. “Yang penting hati” “Dosa pahala itu antara kita dengan Tuhan” “Ramai di luar sana yang pakai tudung labuh.. tapi.. perangai tak senonoh, lebih teruk dari yang bertudung biasa dan  free-hair ” Mesti semua orang pernah dengar ni. Perasan tak yang mesejnya sangat sensitif? Terutama kepada golongan yang bertudung labuh. Betulkah cara kita menyampaikan dakwah macam ni? Tak terasa kah macam ada sesuatu yang tak kena? Kenapa perlu membuat perbandingan yang ketara, Menjejaskan pemahaman setiap insan yang mendengarnya. Perlu kah kita mengaitkan yang bertudung labuh, Dengan yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung pun? Perlu? Pernahkah Nabi ajar kita menyampaikan dakwah sebegini? Yang wajib, tetap wajib. Semua manusia adalah manusia biasa. Baik yang bukan Islam, yang bertudung labuh, yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung. Semuanya manusia biasa. Tak lari dari membuat kesilapan. Jadi mengapa perlu mengaitkan kesilapan mereka yang paling hampir ke...

Erti Ujian Allah

Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya. Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku beragama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna seadanya. Aku pernah punya kekasih hati. Seorang yang baik, yang banyak mengubah aku. Seorang yang aku selalu bayangkan bakal menjadi imam setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini. Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian. Selera makanku putus. Mengukir senyuman terasa mustahil. Aku habiskan masa depan komputer riba usangku. Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa. Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca...

Nikmatnya Perpisahan Insan "Bercauple"

Image
“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..” “Kenapa pulak?” “Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.” “Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..” Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah. Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu. Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang ata...

Cinta Ramadhan

Image
F ajar kini menginjak empat,  D an malam ketiga berpisah, S ebak, lembut melambai dari hati, Y ang masih kecil dan rebung M ulut sedang cuba beribadah, K umat kamit merendah diri, M engunci benih-benih yang menjengah, H ati, gamaknya sama, M enutup kecil-kecil buruk sangka, T eringat, minta dilupakan, T erpendam, minta didamaikan, T erlanjur, minta diampunkan M oga benarlah ia melupus, D engan rahmah dan resah taubah, I ndah nian menangis, K erna lebihnya gerun tak tercapai, C inta Tuhan Maha Memeluk, D ibanding geletek rasa sang fitrah A pa juapun terlintas, S emahunya biarkan hanya Engkau di sini, M eniup roh-roh mahu berubah, berhijrah, C ukuplah dua puluh lima yang tergadah, T ak pernah ampuh tanpa khasyiatullah K ebil rayu yang sayu, T ersenyum kerna masih mampu, M enjaga jiwa segenap anggota, N amun masihlah terus ia merintih, M emohon untuk menangis M oga akhirnya, T ersadur hati yang bersih, P utihnya je...

Muslimah Terpengarah Dengan Niqabis Facebook ♥

KEBANYAKKAN MUSLIMAH TERPENGARUH DENGAN NIQABIS FACEBOOK. TAKE NOTE! Bila terpandang niqabis itu menjadi tumpuan dan berlainan dan menjadi pula kegilaan muslimin ala-ala imam muda hati mula terdetik nak mencuba.. Lalu dikhabarkan ya inilah "hidayah" yang aku terima, terus memakainya tanpa mengenal APA ITU CEBISAN KAIN DIMUKA. Maka terjadinya fenomena NIQABIS PELIK DAN ANEH di Malaysia. Yakni BERNIQAB bertudung pendek. Berseluar jeans, baju yang mengikut bentuk badan. Aurat tangan tidak dijaga, kaki terbuka gitu aje. Akhlak pula ikut selamba tiada sedikit pun rasa ingin berusaha mengubahnya ( bila dikata, this is myself. Aku memang perangai gile-gile macam ni ) Lalu masyarakat yang kekurangan ilmu agama mula mempersoalkannya. APAKAH APAKAH APAKAH? BLINGGG BLINGGG.. KESANNYA, CEBISAN KAIN ITU KIAN PUDAR PENGHORMATANNYA. KIAN PUDAR KESUCIAANNYA. Kata lelaki beriman pula ''alangkah cair dan tergodanya aku akannya. Sedang aku tidak pernah menatap foto muslimah sebegini l...

Mengapa aku memilih sehelai kain hitam , melitupi wajahku ..

Image
                            Mengapa aku memilih sehelai kain hitam , melitupi wajahku .. adik  : "kak, nak tnye ciket boleh tak , kak ?" kakak  : "ape die , adikku , tnya lah . . ."  (sambil tersenyum)  adik  : "kenapa setiap kali klau pergi mana-mana , kakak mesti berpakaian serba hitam dan memakai kain hitam dekat muka kakak . adik cuma nmpk bhgian mata kakak jerr . . . " (adik bertanya smbil menunjukkan kain yang dimaksudkannya itu) kakak  : "eee , comelnya adikku ini ! (tersenyum sambil mencubit pipi adik kesayangannya itu) adik rase kenapa kakak memakai serba hitam ? adik tak takut kee tengok kakak ? setahu kakak , kawan-kawan adik yang sebaya dgn adik semua takut dgn kakak dek kerna kakak serba hitam . ada yg menggelarkan kakak khemah bergerak , jembalang hitam , ninja . . . tapi kakak senyum jee , moga adik tak lah terikut dgn mereka yee ,...

Sempurnakanlah Auratmu, Wahai Muslimah!

Image
                                                                                                         Sempurnakanlah Auratmu, Wahai Muslimah Apalah yang hebat sangat dengan pandangan buruk orang lain terhadap golongan yang menutup aurat dengan sempurna ni....jahat sangat ke orang yang cuba berpakaian menutup aurat dengan sempurna, yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri, yang cuba meraih redha Ilahi dengan berpakaian begini...adakah ini salah dan keji dimata masyarakat?? Walaupun begitu mungkin ada segelintir yang menyalahgunakan pakaian purdah ni untuk tujuan lain....tapi adakah sebab yang segelintir itu menyebabkan pakaian purdah tu terus diharamkan....terus dipandang hina?? Bagaimana pula deng...