Posts

Showing posts from August, 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan "Bercauple"

Image
“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..” “Kenapa pulak?” “Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.” “Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..” Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah. Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu. Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang ata...

Cinta Ramadhan

Image
F ajar kini menginjak empat,  D an malam ketiga berpisah, S ebak, lembut melambai dari hati, Y ang masih kecil dan rebung M ulut sedang cuba beribadah, K umat kamit merendah diri, M engunci benih-benih yang menjengah, H ati, gamaknya sama, M enutup kecil-kecil buruk sangka, T eringat, minta dilupakan, T erpendam, minta didamaikan, T erlanjur, minta diampunkan M oga benarlah ia melupus, D engan rahmah dan resah taubah, I ndah nian menangis, K erna lebihnya gerun tak tercapai, C inta Tuhan Maha Memeluk, D ibanding geletek rasa sang fitrah A pa juapun terlintas, S emahunya biarkan hanya Engkau di sini, M eniup roh-roh mahu berubah, berhijrah, C ukuplah dua puluh lima yang tergadah, T ak pernah ampuh tanpa khasyiatullah K ebil rayu yang sayu, T ersenyum kerna masih mampu, M enjaga jiwa segenap anggota, N amun masihlah terus ia merintih, M emohon untuk menangis M oga akhirnya, T ersadur hati yang bersih, P utihnya je...