Posts

CERPEN : CINTA BUKAN MILIK KITA (HARGAILAH AKU) BAHAGIAN II

Image
Suami dingin membisu. Balik lewat pagi. Bila ditanya kenapa, katanya ada banyak kerja. Meeting. Jumpa client situ sini. Ada banyak projek. Sibuk. Sibuk, sibuk dan sibuk. Selalu. Bukan hari ini. Sejak tiga bulan lalu. Sejak aku cuba lari dari rumah dulu. Sejak aku cuba lari kepada kekasih lamaku dulu. Namun, tidak kesampaian hajatku. Nyata, bekas kekasih tabah menghadapi hidup barunya. Tanpa aku. Kekadang terasa sangsi. Benarkah kekasih lamaku itu menyintai diri ini? Namun, dari riak wajahnya, dari titisan air matanya yang ku saksikan sendiri dengan mata kepalaku, sudah cukup membuktikan keikhlasan hatinya. Mungkin selama ini, aku saja yang buta melihat ketulusan hatinya. Bukan mungkin, memang aku buta. Tapi aku, kini isteri orang. Cubaan kembali kepada kekasih hati, hanya berjumpa dengan jalan mati. Aku kembali sebagai wanita bernama isteri. Kepada seorang suami. Hari ini, aku tekad. Sudah bosan terasa disingkir, dielak dan disisih suami sendiri. Bukan sehari dua. S...

CERPEN: CINTA BUKAN MILIK KITA

Image
CERPEN: CINTA BUKAN MILIK KITA Sudah enam bulan berlalu. Tak pernah ku duga. Dia berdiri di hadapan mataku. Selama ini, dia cuma muncul di alam mimpi. Tapi, hari ini tidak lagi. Sedang menantiku di parkir tempatku bekerja. Aku baru saja habis lunch. Usai solat Zohor. Menerima sms ringkas darinya. Dah berbulan lamanya tidak ada sebarang khabar berita. Tiba-tiba, hari ini menjelma dengan tuannya sekali. Katanya sudah di tempat kerjaku. Nak jumpa. Penting. Aku sedikit gelisah. Namun, ku hayunkan jua langkahku mendekatinya. Hati sedikit berdebar. Belum sempat ku sapanya, ku lihat ada manik-manik air mata telah menitis di pipinya. "Bawa aku lari...tolong... Kita nikah!" Suaranya serak menahan sebak. Namun, mesejnya jelas. Tergamam seketika. Aku terus mengajaknya masuk ke dalam kereta. Mesej bos, keluar seketika ada emergency. Ku hidupkan enjin kereta. Terus meluncur ke jalanan. Entah ke mana arah hendak dituju. Aku sendiri pun tak pasti. Yang berada di sebela...

Bicara Tentang Hati

Image
Pena ini mencoretkan lagi nukilan hati, berbicara dengan dinding kamar bukan kerana aku kerisauan. Aku tetap dirantaian celah-celah manusia. Namun aku tetap merasa sepi. Aku bertanya pada dinding kamar kenapa aku sunyi? Aku bicara pada rembulan yang bersinar? Aku bertanya pada si mentari? Kenapa aku terasa kosong benar jiwa, tiada jawapan, hanya bahasa nyanyian bisu mengiringi. Bertanya pada manusia? Gelak tawa mereka adalah tangis sedih hati yang rapuh. Aku mencari keindahan pada dunia ini. Pada seorang lelaki, lelaki itu mati. Pada segumpal wang, wang itu habis, pada sebuah jawatan, jawatan itu hilang. Aku merantau lagi, mencari kebahagian yang abadi. Berlabuh dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain. Mencari apa itu yang tenang, mencari apa yang puas. Tetap jua sama. Pulang ke halaman, bersama tangan penuh debu dosa. Keindahan yang kekal abadi itu masih tidak kunjung tiba. Ramai yang berbicara dunia ini sementara, namun tidak ramai yang bersedia. Sama jua aku. Berkira hidup ...

Cinta

Image
Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta sese  Save  orang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah. C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas). Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya. Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsia...

Tarbiah Hati Buat Muslimah Hijrah

Image
Membebaskan diri dari genggaman pandangan manusia Segar, baru , tenang Menghambakan diri pada yang Abadi Pada yang Hakiki Setelah lama terbuai oleh manisan dunia Syukur Allah masih memberi peluang Membina keyakinan baru Membina harapan baru Membina hati yang baru Allahu Allah Terima kasih kerana masih setia Walaupun aku telah lama curang Allah Terima kasih kerana mempercayai aku akan pulang Menyebarkan cintaMu pada ummah Allah Terima kasih kerana memberi Walaupun selama ini aku menerima tanpa syukur Aku kufur ..Allahu Allah.. Bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti. Pernah dahulu ketika saya mula-mula berjinak dengan pakaian longgar, dengan sarung tangan,...

Aku Bukanlah Yang Terbaik Untukmu

Titisan hujan mengepuk aksara gersang bumi Melestarikan kepiluan sekeping hati yang pedih Diri terasa goyah dipukul tamparan badai mehnah Lembaran ujianMu Tuhan bertalu-talu mengkuak resah Oh Tuhan, daku merindukan teman yang telah lama kaku menghadap Ilahi Pemergiannya mempamit sejuta memori sayu dalam tirai hidupku Tiada insan lain yang tulus menyayangiku selain dirinya Andai ku mampu mengulas bicara dengannya inginku luah segala Gelodak yang bersarang di kejernihan qalbu ini Duhai teman yang masih di sisi, Hadirmu pencetus variasi rasa di gerbang jiwa Segala kepahitan yang dirasa kan ku telan jua Walau diri terseksa merana saat bersamamu Namun tetap ku gagahi dengan secangkir senyuman kesabaran Agar dirimu sentiasa tenang ketika bersamaku Berkalung budi yang telah ku pahatkan padamu Tidak minta dibalas dengan intan dan permata Cukup sekadar seuntai doa kudusmu buat diriku Semusim kita bersua berkongsi potret lara ceria Tidak pernah terlin...

Tudung Labuh, Tapi ...

Bismillah.. “Yang penting hati” “Dosa pahala itu antara kita dengan Tuhan” “Ramai di luar sana yang pakai tudung labuh.. tapi.. perangai tak senonoh, lebih teruk dari yang bertudung biasa dan  free-hair ” Mesti semua orang pernah dengar ni. Perasan tak yang mesejnya sangat sensitif? Terutama kepada golongan yang bertudung labuh. Betulkah cara kita menyampaikan dakwah macam ni? Tak terasa kah macam ada sesuatu yang tak kena? Kenapa perlu membuat perbandingan yang ketara, Menjejaskan pemahaman setiap insan yang mendengarnya. Perlu kah kita mengaitkan yang bertudung labuh, Dengan yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung pun? Perlu? Pernahkah Nabi ajar kita menyampaikan dakwah sebegini? Yang wajib, tetap wajib. Semua manusia adalah manusia biasa. Baik yang bukan Islam, yang bertudung labuh, yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung. Semuanya manusia biasa. Tak lari dari membuat kesilapan. Jadi mengapa perlu mengaitkan kesilapan mereka yang paling hampir ke...