Posts

Showing posts from February, 2014

Tarbiah Hati Buat Muslimah Hijrah

Image
Membebaskan diri dari genggaman pandangan manusia Segar, baru , tenang Menghambakan diri pada yang Abadi Pada yang Hakiki Setelah lama terbuai oleh manisan dunia Syukur Allah masih memberi peluang Membina keyakinan baru Membina harapan baru Membina hati yang baru Allahu Allah Terima kasih kerana masih setia Walaupun aku telah lama curang Allah Terima kasih kerana mempercayai aku akan pulang Menyebarkan cintaMu pada ummah Allah Terima kasih kerana memberi Walaupun selama ini aku menerima tanpa syukur Aku kufur ..Allahu Allah.. Bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik, maka buatlah kerana Allah..nescaya perubahan itu akan kekal keranaNya. Akan teguh keranaNya. Akan diperjuangkan keranaNya juga. Ketahuilah lidah manusia ini lebih tajam dari pedang,, boleh menusuk hati manusia yang sehingga lukanya tidak mengalir lagi dan airmatalah yang menjadi pengganti. Pernah dahulu ketika saya mula-mula berjinak dengan pakaian longgar, dengan sarung tangan,...

Aku Bukanlah Yang Terbaik Untukmu

Titisan hujan mengepuk aksara gersang bumi Melestarikan kepiluan sekeping hati yang pedih Diri terasa goyah dipukul tamparan badai mehnah Lembaran ujianMu Tuhan bertalu-talu mengkuak resah Oh Tuhan, daku merindukan teman yang telah lama kaku menghadap Ilahi Pemergiannya mempamit sejuta memori sayu dalam tirai hidupku Tiada insan lain yang tulus menyayangiku selain dirinya Andai ku mampu mengulas bicara dengannya inginku luah segala Gelodak yang bersarang di kejernihan qalbu ini Duhai teman yang masih di sisi, Hadirmu pencetus variasi rasa di gerbang jiwa Segala kepahitan yang dirasa kan ku telan jua Walau diri terseksa merana saat bersamamu Namun tetap ku gagahi dengan secangkir senyuman kesabaran Agar dirimu sentiasa tenang ketika bersamaku Berkalung budi yang telah ku pahatkan padamu Tidak minta dibalas dengan intan dan permata Cukup sekadar seuntai doa kudusmu buat diriku Semusim kita bersua berkongsi potret lara ceria Tidak pernah terlin...